Pages

Wednesday, November 18

Esoknya pula, birthday Amir laaa...



12 November setiap tahun pasti kami tak lupa untuk menempah kek bagi menyambut ulang tahun kelahiran Amir... tahun ni Amir sudah berusia 3 tahun. Pelbagai perkembangan yang dapat dilihat sejak tarikh hari pertama kelahiran dia... Benarlah kata pakcik Shima, "Melihat perkembangan anak depan mata adalah lebih menyeronokkan dari kita tau tau anak tu dah besar..." [oouupp!! kesian israr... lalala...!!]

Kek kami tempah lebih seminggu sebelum 11 haribulan walaupun ianya secara rasmi dipotong pada 14 haribulan... almaklum, atas fakto kerja yang tak menentu schedule... Acara disempurnakan di rumah Nasiah di Putrajaya...!! acara juga terpaksa ditangguhkan selama sejam kerana Amir sudah tertidur masa on the way ke venue dan dia bangun pun selepas Sumayya menepuk nepuk muka dan menjerit jerit sebelah telinga...





Oleh kerana faktor gawat, tahun ni hadiah birthday terpaksa ditangguh, lagipun hadiah tahun lepas masih boleh digunakan... - pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh kopi ginseng cap ibu jari...[Kepada uncle dan untie yang berada dia oversea, jangan lupa belikan sesuatu bila balik Malaysia nanti... post pun okay... lagi cepat...!! lalala...]

Sekarang Amir dah pandai mengira
wan, tu, tree, ooo, aaii, lik, even, ekk, nai, ten...

A, B, C pun boleh tapi kerana terlalu banyak [26 character...] dia perlukan bantuan untuk menghabiskan sehingga ke Z...

Laptop pun dia dah pandai guna, stakat site Barney, Sesame Street mau pun Youtube, selamba je dia buka... Site tersebut kecuali Youtube mengandungi bahan pelajaran yang dapat mengembangkan pemikiran kanak kanak... dan Amir dah boleh buat sendiri aktiviti yang ada dalam site Barney atau Sesame Street tu...

Dan juga boleh mengikut nyanyian Barney...
a la yu, yu wa wee... dan seterusnya yang ku tak dapat nak translate dalam bentuk penulisan...!!



Kerana itu jugalah, kek tahun ini, kami tempat dengan image Barney sebagai hiasan toppingnya...

1 comment:

  1. u left out 1 more thing...Amir dgn selambanya membuka Facebook ayahnya dan bermain dgn game apa ke bendanya...CafeWorld? WorldCafe? Tp ada cafe lah.

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks