terima kasih kepada yang telah menghantar ucapan sms kepada ku, yang mengucapkan secara oral dan melalui email pun tak lupa gak... sempena menyambut raya ni... suka aa ku nak tunjukkan ucapan electronic yang ku terima dari kawan kawan yang sentiasa mengingati...
yang atas sms pertama dan seterusnya ke bawah...
+6019336****
salam Ramadhan Al Mubarak...
"Barang siapa yang mandi di waktu subuh yang sejuk lagi dingin yakni sebelum waktu imsak untuk mengerjakan solat subuh & puasa. Nescaya sesungguhnya mereka ini tergolong didlm golongan orang orang yang mengerjakan isterinya Malam tadi."
Diriwayatkan oleh Ali Cafe & Power Root
[ku tak sure sapa ni nanti kena check phone book yang lama...]
Shah RHB
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kalau ada silap salah, terkasar bahasa, terumpat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya...
[member ofis lama...]
yusie
Selamat menyambut hari raya. maaf zahir & batin. Sms pengganti kad. hijaukan bumi kita dengan tidak binasakan pokok untuk buat kad. hehe..
[rakan persekolahan...]
along farish
Ya ALLAH, diakhir ramadhan yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku yang sedang baca sms ni. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, berilah kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada zuriat keturunannya dan masukkan dia dalam syurgaMu tanpa hisab. Amin Ya Allah. Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin
[sepupu...]
ejoi
Assalamualaikum... Aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
[rakan persekolahan...]
at
Masak Lemang sambil berdiri, hendak makan di aidilfitri, nak hantar kad raya posmen dah cuti, sms aja dapat ku beri, bukan lupa adat tradisi, tapi ikut teknologi. salam Aidilfitri.
[adik ipar...]
faiz p2i
mawi dah kaya, Siti dah datin, Selamat hari raya, maaf zahir batin.
[colleague...]
cikam
SMS dikirim ucapkan selamat, 1 Syawal rai kemenangan, amalan kita diminta berkat, ampun dan maaf segala kesalahan. 'Selamat menyambut hari lebaran'.
[rakan persekolahan...]
taiko
mercun dah bunyi, lagu raya dah berkumandang, anak ayam dapat lari, anak itik kena tendang, kad raya malas beli, hantar sms lagi senang... just to said
'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami.
[rakan ITM Jengka...]
kodok
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Mohon kemaafan sekiranya terkasar bahase, semoga ceria menyambut hari lebaran disamping keluarga.
[teammate bola...]
Izzuan RHB
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, moga kita semua dipanjangkan usia untuk dipertemukan lagi dengan ramadhan tahun depan. Salam lebaran.
[x-colleague]
Erman P-Mutual
Doaku... Ampunilah insan yg membaca sms ini, Ya Allah... tambahkan rezeki, amal dan takwanya, lindungi dia dan keluarganya walau di mana dia berada. "Selamat hari raya, maaf zahir batin"
[x-colleague..]
Ferdaus Sari
Sempena aidilfitri kami dari keluarga ferdaus, amalina, farhat dan nurin ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah laku dan bicara. Semoga silaturrahim terjalin berkekalan... Salam aidilfitri. - ferlina eyecare.
[rakan persekolahan...]
mamat
For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes u can't take & for advise u can't accept, 1001 apologies... Selamat Hari Raya Aidilfitri
[rakan ITM Jengka...]
Farid
"Selamat hari raya aidilfitri... 1428H" Mohon ampun Maaf di atas segala salah silap maaf zahir & batin.
Ingatan tulus ikhlas.
[teammate bola...]
Kak Wati p2i
Andai terkasar bahasa, terlanjur laku, salam dihulur mohon kemaafan. Moga aidilfitri ini memberikan kebahagiaan buat kita semua. Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.
[colleague..]
ada banyak lagi ucapan2 yang diterima melalui email dan blog ni... lain kali boleh buat permintaan lagu sekali aaa.. macam tv3 buat dulu...
No comments:
Post a Comment
You may leave your wise comments here... Thanks