Pages

Thursday, October 25

Selamat Menyambut Aidilfitri.... Part III

amacam..?? raya meriahkah... dah nak habis syawal dah pun... tahun ni ku hanya mula dapat merasakan kemeriahan masa tiba 1 syawal berbanding tahun tahun yang lepas. semua gara gara kerja yang tak mengizinkan ku membuat persiapan hari raya. baju raya dan apa apa berkenaan raya pun kami beli macam asal jumpa..

kira plan nak keluar beli belah pun kena tunggu masa yang sesuai kalau nak dibandingkan paasngan yang bekerja ada cuti hujung minggu... diorang dapat 4 kali hujung minggu untuk keluar p jalan dan beli barang barang persiapan raya masa ramadhan dulu... ku, 1 kali weekend je.. yang lain lain kalau ada masa terluang 2 3 jam. nasib benda benda yang penting dapat kami belikan. kalau tak..

dahlah tu ku kerja sampai jam 8pm jumaat malam raya... pastu malam tu juga gerak balik kampung mama ku kat kuantan.. alhamdulillah... selamat perjalanan walau hujan separuh jalan. tapi kemeriahan menjelang hari raya memang tak kurasa...

kalau dulu, ku akan bikin kuih raya [sendiri buat tau... tapi supervised dari mama aaa.. kalau tak kuih hangit!!] memang syiok bila ingat balik... ku ngan angah akan fight sapa buat kuih paling sedap... hehehe... pastu bila malam lepas tarawih pasal pelita keliling rumah... wooo... skang pelita tak leh pasang atas sebab yang sahih.. pastu main mercun... pastu.. pastu

memang makin dewasa... sambutan tu akan semakin lain... lain macamana?? korang sendiri rasa...

Read More! and Comments

Selamat Menyambut Aidilfitri.... Part II

terima kasih kepada yang telah menghantar ucapan sms kepada ku, yang mengucapkan secara oral dan melalui email pun tak lupa gak... sempena menyambut raya ni... suka aa ku nak tunjukkan ucapan electronic yang ku terima dari kawan kawan yang sentiasa mengingati...

yang atas sms pertama dan seterusnya ke bawah...

+6019336****
salam Ramadhan Al Mubarak...
"Barang siapa yang mandi di waktu subuh yang sejuk lagi dingin yakni sebelum waktu imsak untuk mengerjakan solat subuh & puasa. Nescaya sesungguhnya mereka ini tergolong didlm golongan orang orang yang mengerjakan isterinya Malam tadi."
Diriwayatkan oleh Ali Cafe & Power Root
[ku tak sure sapa ni nanti kena check phone book yang lama...]

Shah RHB
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kalau ada silap salah, terkasar bahasa, terumpat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya...
[member ofis lama...]

yusie
Selamat menyambut hari raya. maaf zahir & batin. Sms pengganti kad. hijaukan bumi kita dengan tidak binasakan pokok untuk buat kad. hehe..
[rakan persekolahan...]

along farish
Ya ALLAH, diakhir ramadhan yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku yang sedang baca sms ni. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, berilah kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada zuriat keturunannya dan masukkan dia dalam syurgaMu tanpa hisab. Amin Ya Allah. Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin
[sepupu...]

ejoi
Assalamualaikum... Aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
[rakan persekolahan...]

at
Masak Lemang sambil berdiri, hendak makan di aidilfitri, nak hantar kad raya posmen dah cuti, sms aja dapat ku beri, bukan lupa adat tradisi, tapi ikut teknologi. salam Aidilfitri.
[adik ipar...]

faiz p2i
mawi dah kaya, Siti dah datin, Selamat hari raya, maaf zahir batin.
[colleague...]

cikam
SMS dikirim ucapkan selamat, 1 Syawal rai kemenangan, amalan kita diminta berkat, ampun dan maaf segala kesalahan. 'Selamat menyambut hari lebaran'.
[rakan persekolahan...]

taiko
mercun dah bunyi, lagu raya dah berkumandang, anak ayam dapat lari, anak itik kena tendang, kad raya malas beli, hantar sms lagi senang... just to said
'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami.
[rakan ITM Jengka...]

kodok
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Mohon kemaafan sekiranya terkasar bahase, semoga ceria menyambut hari lebaran disamping keluarga.
[teammate bola...]

Izzuan RHB
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, moga kita semua dipanjangkan usia untuk dipertemukan lagi dengan ramadhan tahun depan. Salam lebaran.
[x-colleague]

Erman P-Mutual
Doaku... Ampunilah insan yg membaca sms ini, Ya Allah... tambahkan rezeki, amal dan takwanya, lindungi dia dan keluarganya walau di mana dia berada. "Selamat hari raya, maaf zahir batin"
[x-colleague..]

Ferdaus Sari
Sempena aidilfitri kami dari keluarga ferdaus, amalina, farhat dan nurin ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah laku dan bicara. Semoga silaturrahim terjalin berkekalan... Salam aidilfitri. - ferlina eyecare.
[rakan persekolahan...]

mamat
For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes u can't take & for advise u can't accept, 1001 apologies... Selamat Hari Raya Aidilfitri
[rakan ITM Jengka...]

Farid
"Selamat hari raya aidilfitri... 1428H" Mohon ampun Maaf di atas segala salah silap maaf zahir & batin.
Ingatan tulus ikhlas.
[teammate bola...]

Kak Wati p2i
Andai terkasar bahasa, terlanjur laku, salam dihulur mohon kemaafan. Moga aidilfitri ini memberikan kebahagiaan buat kita semua. Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.
[colleague..]

ada banyak lagi ucapan2 yang diterima melalui email dan blog ni... lain kali boleh buat permintaan lagu sekali aaa.. macam tv3 buat dulu...

Read More! and Comments

Tuesday, October 9

Selamat Menyambut Aidilfitri....

click to the source

di kesempatan ni ku ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan rakan pembaca, kepada rakan rakan yang selama ini berada di sekeliling ku... maaf segala kata kata, terguris hati, halalkan makan minum [belanja], yang terkutuk terapa apa lagi tu, minta maaf ye... gurau je tu [especially bebudak p2i]

mana mana yang ku terambik, terbuat harta, maaf yea.. sila bagi tau kalau nak claim semula barang tu [kalau ada]. mana mana yang ku terpukul, tertumbuk manja tu [lelaki yea..] maaf yeaa.. pasal badan ko macam punch bag!!

mana yang ku terdengar, tertahu rahsia tu, maaf yea.. yang ku tersebarkan rahsia tu, memang tak sengaja... ku juga mohon maaf sekiranya ku ada tersebarkan fitnah yang tak baik ke [kalau ada, ku tak perasan] sebab memang kadang kadang perkara ini tidak tersengaja...

kepada yang tertackle, terbentes, tersiku, tersepak, terpijak [bebudak bola & futsal] harap jangan amik hati... dalam padang memang macam tu, bila habis game, kita p minum sama sama...

kepada isteri tercinta... mohon ampun maaf kalau ada kelakuan yang tak menyenangkan hati... halalkan duit belanja, harap maaf tutur kata dan perbuatan... kepada amir, kamu masih belum kenal erti kehidupan lagi... tapi pasti, hari raya ni kamu akan gembira sama seperti anak anak lain... jangan nangis aaa.. nanti susah nak jalan beraya...

kepada yang memandu balik kampung, hati hati dijalan raya... jangan lupa singgah petronas minum kopi... kepada yang naik public transportation, sampai awal kestesen, takut kena tinggal... maklum orang ramai kalau lambat taukeh bas selamba je jual seat ko kat orang lain... kepada yang terpaksa bekerja, memang terpaksa [mujur ku dapat cuti]

akhir kata

Selamat Hari Raya Aidilfitri... fiiiuuttt... tebam tebum.. pap pap.. booomm!!

Read More! and Comments

Wednesday, October 3

Kelakar pulak

Before the marriage:

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: NO! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course!
She: Have you ever cheated on me?
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Yes!
She: Will you hit me?
He: No way! I'm not such kind of person!
She: Can I trust you?

Now after the marriage, read it from bottom to the top!!!!

Read More! and Comments