Pages

Monday, February 19

Orang Cuti Ku Kerja...

Chinese New Year baru je berlalu.. berpusu-pusu orang balik kampung tak kira kampung dekat atau kampung jauh.. maklum cuti diorang lama.. start sabtu sampai selasa!! tapi lain pula pada ku.. ku cuti hari ahad je.. hari lain kerja macam biasa.. tu pun kebetulan schedule cuti ahad tu.. kalau tak, all the way kerja sampai hari yang patut ku cuti... macam hari ni ku cuti, duk kat umah je..

cuti tu ku ambil peluang bawa family p seremban, rumah pak ngah!! bukan senang nak bawa diorang ni p jalan memandangan waktu kerja ku yang tak mengizinkan.. tapi alhamdulillah.. berjaya gak ku sampai kesana.. dapatlah pak ngah tengok amir ni maklum masa lahir dia belum dapat tengok lagi...

left: lis, haris, shima, amir, nasiahJangan silap yea, yang hujung kanan sekali tu sedang dalam proses.. ekekeke!!


takde apa aktiviti yang dapat nak dilakukan kat ofis masa orang lain cuti haritu... paling hebat pun acara lunch beramai-ramai ngan bebudak ofis kat KFC taman equine... maklum bos, supervisor semua cuti.. diorang pangkat exec jadi cuti ikut kerajaan... lagi pun kami pangkat kuli, cuti ikut company... ekekekeke!!



ni belum satu ofis lagi ni... Sapa2 nak no phone dia, boleh bagitau ku... tapi yang lelaki tu aaa.. yang gadis, tak dapattt....!!!
Kiri: Dari kiri adalah kannan dan sebahagian lagi yang dapat "capture"
Kanan: Senyuman kekenyangan...??!!

takde aa ramai sangat satu ofis, tapi cukup aaa hadi, fauzi, kannan, ganesh, morgana, ahok,
ashraf, khairy, nazri, syahnin, nini, hazman dan ku... jangan tak tau, ashok makan paling banyak hari tu.. korang tak caya, p tanya kat kfc tu... gadis yang amik order haritu...



malam tu p umah abang tan @ Dato' johari, sepupu ku kat taman pinggiran putra.. kat area putrajaya je umah dia... dia buat makan2 tapi tak ramai aa yang dia jemput.. sedara terdekat je... ada ketam, ayam goreng, ayam panggang, nasi lemak, sambal sotong dan pelbagai lagi yang ku tak berapa ingat pasal dah hadam dalam perut...

Amir ngan ibunya...

balik dari rumah abang tan, esoknya ku kerja... huuuaaarrgghhhh... orang lain semua cuti lagii... :@) :@) :@) :@)


korang perasan tak.. ku macam dah rajin je nak tulis2 kat blog ku ni... tapi, ada ke orang yang rajin nak membacanya..??

Read More! and Comments

Monday, February 12

Sedang Proof Check Sambil Menaip Sesuatu....

sampai ofis tepat jam 9pm tadi. selalunya ku akan sampai dalam jam 10-15 min selepas masuk waktu kerja, tapi, hari terawal sikit.. macam biasa hari isnin hanya akan ada beberapa kerat je staff yang bekerja sebab yang lain semua akan cuti.. bukan ambil AL tapi memang schedule dah cuti!! dan seperti biasa juga aaa, ramai yang mempunyai masa senggang harini disebabkan kerja yang tidak seberapa banyak... sebab tu supervisor susun schedule macam tu...

Masa Dia Terlelap Kat Pangkuan Ku...harini ni genap umur amir 3 bulan... dah besar sikit aaa dan berat pun dah cecah 5.2kg! 1 bulan naik 1kg++ walau dia telan susu je... banyak juga perkembangan yang positif yang berlaku pada amir! dia dah mampu fokus pada pergerakan walaupun tak berapa terang lagi, dan yang paling best bila dia dah boleh bersuara walaupun hanya aaaaa dan uuuuu.. kejap lagi boleh sebut aaaaayah dan ibuuuuu aaa tu.. ekekekeke!!

Amacam, Sihat Tak Anakku Yang Semakin Membesar Ni..??
valentine dan chinese new year dah semakin hampir... mula aa skang orang bertungkus lumus buat persiapan dan tauke tauke bunga kat cameron dapat aaa income double untuk chinese new year nie.. yang bercinta sakan sibuk mencari cari hadiah apa yang nak di bagi pada kekasihnya.. ku?? ish!! tak layan aaa dakyah yahudi ni... ku rela lagi meraikan chinese new year dari meraikan valentine.. tambah lak chinese new year ahad dan ku cuti pula kebetulannya.. dah ada plan pun untuk cuti tu..

Juga ku ucapkan happy chinese new year kepada mereka yang menyambutnya... hari tu ku dah dapat limau dari darren.. manis kelat je rasaa.... ekekekee...



Dari Kiri: Bai, Cikam, Fatrin, Shima...
semalam ku bawa shima pergi makan kenduri kat rumah cikam... kawan sekolah ku!! rumah pun tak berapa jauh ngan rumah ku.. dari pintu pagar rumah dah boleh nampak canopy kenduri umah kawan ku tu.. sempat aaa jumpa pengantin dan bergambar sekeping.. tapi tak sempat jumpa gang lain yang dah balik, maklum masa tu dah jam 1430. amir kami tak bawa pasal keadaan cuaca yang teramat terik, takut dia merengek susah lak..

tahniah pada kamarul + fatrin! selamat pengantin baru.. gambar nanti balik ku upload.. lupa nak buat salinan dari phone ni..

"jemputan kenduri wajib p singgah
boleh jumpa gang minum malam ke pagi
kami semua dah selamat bernikah
yang sorang lagi tu bila lagi...??"

hhaaaaaa... jawab... jawab...



- "Papa... Jangan Papa Jahat... Jangan Papa Nakal Sangat".....

*gambar thumbnail tapi kurang kualiti.. maklum phone murah... ekekeke!!

Read More! and Comments

Sunday, February 11

Selamat Pagiiiieee.... (tak tidur lagi ni..)

Takde Bahan Nak Tulis...

buntu aaa bulan sejak beberapa minggu ni. Tidur tak cukup, kerja banyak kat ofis, gaji masuk lambat, nak bayar bil, kereta, card dan macam2..

jadi korang tengok je aaa music video kegemaran ku..






Lagu: Operator, the line is dead
Artist: Jason Lo

Read More! and Comments