Pages

Tuesday, November 14

Kelahiran Yang Tak Disangka

Dalam jam 7 am, ahad, 12 Nov 2006, ku yang memang ingat nak tidur lagi sebab keja masuk jam 11am telah dikejutkan oleh wife ku yang dalam keadaan cemas. Dia tak perlu kata banyak-banyak sekadar “keluar air ngan darah” je dah cukup mencemas ku walaupun sepatutnya ku mamai dulu! Pantas ku bangkit bersiap hantar dia ke hospital serdang.

Lama gak menunggu keputusan hasil pemeriksaan hospital dan dalam jam 1030 am baru ku dimaklum yang wife ku akan dihantar ke wad untuk pemeriksaan lanjut… masa proses menunggu tu, mak ku buka aa cerita sikit-sikit pasal pengalaman dia dulu. Dia suspect air “ketumban” atau “ketuban”? ku tak tau yang mana, korang pilih aa… air wife ku dah pecah.. Maybe tak lama wife ku akan deliver!!

Dalam hati macam tak mau percaya bukan apa, tarikh dan bulan yang sepatutnya wife ku deliver baby ni dalam belas-belas hari bulan pada bulan 12 nanti.. jadi ku cuba bertenang gak pujuk hati, maybe tak kut!! Maklum aaa, persediaan yang ku dan wife buat untuk sambut baby ni sangat lah sikit.. maklum ada masa lagi untuk kami mencari barang yang belum ada.. huhu!!

Ku ke office juga lepas wife ku dah masuk ke wad.. sempat aa siapkan power1 special section 16 page sebelum ku keluar lunch sekejap.. tengahari tu ku makan lunch kat open house urin… dua kali tambah juga nasi dia walaupun wife dah masuk wad… urin ada kata gak, kalau air tu pecah, makna tak lama aaa.. ku tetap buat-buat tak percaya gak.. huhu..

Allah Maha Kaya.. on the way balik ke ofis tu, dalam jam 4 pm, ku terima call dari cik, dia kata shima dah masuk dewan bersalin, nurse dah izin suami untuk masuk sekali.. bila dah dengar camtu, cepat2 ku buat u turn balik ke hospital walau ofis lagi beberapa kilometer je lagi nak sampai… sampai hospital call heri dulu kata tak balik ofis simpankan beg..

Masuk je dewan bersalin, tengok wife ku sedang sorang-sorang menahan sakit… sebagai suami, tugas ku masa tu adalah untuk bagi comfortable pada dia. Walau ku tau dia dalam sakit tapi ku cuba bercerita, berlawak sikit untuk dia lupa kejap pada sakit dia tu.. hingga satu tahap bila dia mengerang dan kata “macam nak keluar”… melompat lagi ku panggil nurse bidan masuk check dah start saat tu… tengok kesakitan, kepala keluar sikit, kata-kata semangat ku dan kata-semangat bidan, memang pengalaman yang sangat berharga pada ku dan wife ku…

Alhamdulillah, selepas berjuang dalam rasanya tak sampai 15 minit, tepat jam 5.06 pm, ahad, 12 Nov 2006, baby ku selamat dilahirkan.. hilang semua rasa sakit, cemas takut tadi… hanya air mata kegembiraan bila ku menyaksikan “eh! tu baby ku”... ku tak sangka walau belum cukup bulan dalam kandungan, dia dah beriya-iya nak keluar cepat-cepat berjumpa ibu dan ayahnya. Bersoraklah juga seluruh ahli keluarga ku dan keluarga acik yang setia menunggu di bilik menunggu bila ku keluar dan sampaikan berita gembira ni… tak lupa juga berita ku sampaikan ke mentua ku di alor setar dan hingga ke Negara jepun..

Ta’kala ku menaip cebisan ni, wife ku sedang mengharung malam pertamanya bersama baby di hospital... Alhamdulillah, wife ku pun sihat sahaja, baby pun kelihatan sempurna dan ku harapkan tak berlaku apa-apa yang buruk memandangkan baby ku lahir tak cukup bulan… Ku rasa dah cukup aa kut… skang ku nak pergi cari ilham nak letak nama yang terbaik untuk dia pula… Syukur…!!

ni yang ku baru upload

- Kegembiraan selepas kelahiran

- 1 jam selepas dia sampai ke dunia




Nama Penuh: Raja Muhammad Amir Bin Raja Shahrizal

Read More! and Comments

Thursday, November 9

aaddoooiiiii.....


korang kenal tak binatang yang seekor ni.. binatang nilah yang telah membuatkan kesihatan ku terjejas selama seminggu ni! dah dua kali ku MC dlm dua minggu ni.. nak menaip banyak pun tak berdaya, otak beku.. suhu luaran badan panas tapi dalaman sejuk, selubung dalam toto pun tak dapat nak panaskan badan ni.. kepala pening, telinga berdesing dan banyak lagi yang simptom yang telah terkena.. ni balik ni pun ingat nak singgah jumpa doctor lagi pasal sakit perut pulak.. perut memulas-mulas tapi tak pici-kici pun..

greendazey

Read More! and Comments