
pada ku, aidilfitri tahun ni dah cukup baik kerana lain dari yang selalu ku rayakan kat kampung bersama mak ayah sendiri.. iya aa bila ada kelainan tu baru tak berapa jemu.. insyaAllah, tahun depan ku akan bawa shima balik kuantan dan akan ada 1 lagi kelainan aidilfitri yang akan dapat ku rasa..
tak banyak rumah yang kami kunjung tahun ni.. umah mak angkat ku kat kuala nerang, dan rumah saudara mara belah shima.. ku tunggu gak kawan2 yang ada kat alor setar call, yang ada kata nak datang rumah tapi hampeh tak call.. takpe aaa, datang aaa beraya kat serdang!
masa balik dari alor setar, kami rasa kami dah cipta record baru perjalanan paling banyak berhenti.. bayangkan 6 kali berhenti baru sampai dari alor setar ke serdang... berenti minum cappuchino kat r&r tapah dan yang paling syiok, singgah taiping umah Adnan Rizal Haris... macam2 bekalan yang kami terima dari mak nan, naik segan ku rasa.. terima kasih makcik (mee kari tu tak usik lagi ada dalam peti ais..). sapa2 yang lalu kat area taiping memang patut aaa singgah umah dia ni.. tu pun mujur ku cepat2 minta diri nak balik, kalau tak, silap2 nasi lauk ayam, kari ikan atas meja tu pun kami kena bawa balik kut...!!