Pages

Friday, August 31

Harini Hari Merdeka... 50 tahun Malaysia

Merdeka... Merdeka... Merdeka...

Harini ku kerja walaupun orang lain sedang seronok menghabiskan cuti dengan tidur dirumah... shima pun harini kerja juga... tapi nasib dia sedikit tak baik dari ku sebab semperna menyambut merdeka ni, dia kena kerja direct tanpa cuti selama 2 minggu... (dulu pun selalu ku kena kerja macam tu... paling banyak hari ku kerja adalah selama 12 hari tanpa cuti... hhehee.. terel tak bebudak p2i??)

tu takpe aaa... yang penting sekarang ku tak perlu pening pening nak isi efficiency sheet lagi... ekekekeke!! kat office ku ni, setiap bulan akan ada parti birthday. tujuannya untuk menyambut dan meraikan hari kelahiran kepada setiap staff yang ada (?? betul ke ayat ni??) nak dijadikan cerita, bulan ni turn ku pulak diraikan oleh rakan rakan se"office". cuma peraturannya lain sikit, semperna sambutan merdeka ke 50, semua kena berpakaian baju kebangsaan... bunyi pelik tapi tu yang ku lakukan pada pagi khamis lepas (semalam) sampai bapa ku pun tanya dengan pelik "ko apahal pakai macam ni long??".

cuma yang ku kecewa... hanya segelintir je yang melibatkan diri berpakaian baju kebangsaan dan yang lain semua macam tak saja tak mau turut serta... takpe aa tu, yang penting diorang ramai ramai nyanyi lagi "happy birthday" untuk ku... ada 3 orang yang dirai walau sepatutnya 4... ku, calvin, santhia n geetha [off]

yang pentingnya, sambutan tu berlangsung meriah dalam hujan lebat...


Lama ku tak meniup lilin hari lahir ni...


Gang Lelaki yang Berbaju kebangsaan [Malaysia majmuk...]


Ada ke patut diorang suruh ku berposing berdiri sorang berlatarkan bendera dan photostat machine... chiss!!



p/s: patut diorang provide hadiah untuk birthday person untuk bulan special ni...



Read More! and Comments

Tuesday, August 28

Bantu kepada yang memerlukan.....

Nur Qistina Hayani is suffering from liver cancer (hepatoblastoma). What can a 6 months baby knows about this disease. She is right now going through the Chemotherapy process. The costs for Chemotherapy and Surgery will takes around RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia One Hundred Thousands). She looks very healthy from the outside and for sure she does not understands what she is going through! We need your help to donate to us so we can help Qistina to live happily as any other childrens!

Qistina2

p/s: atas dasar prihatin, pada sambutan kemerdekaan yang ke-50, mari kita sama sama membantu kepada yang memerlukan...

Read More! and Comments

Monday, August 27

Selamat Hari Merdeka Malaysia Ke-50



31 Ogos 2007 dah hampir dekat. persiapan untuk menyambut kedatangan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50 pun semakin rancak... dari rumah, kedai office even kenderaan pun orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang. Sedikit info yang ku ambil dari wikipedia

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50
Sambutan Malaysia Merdeka 50 Tahun disambut pada 31 Ogos 2007 setelah mendapat kemerdekaan dan penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini bukan hanya diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Tahun 2007 juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.



Tujuan
Sambutan Malaysia Merdeka ke-50 tahun ini diadakan dengan beberapa tujuan:
1 Mengenang kembali jasa-jasa tokoh-tokoh berbilang kaum yang telah berjuang untuk memerdekakan tanahair.
2 Mengadakan pelbagai aktiviti menarik, terancang dan berterusan sepanjang tahun bagi menarik pelancong domestik dan luar negara.
3 Mewujudkan suasana meriah dan harmoni di Malaysia walaupun berhadapan dengan masalah-masalah kecil.

seperti biasa, bila ada sambutan sambutan besar, iklan dari petronas akan menjadi perhatian... link

sesungguhnya ku berbangga menjadi rakyat Malaysia. hidup aman, harmoni serta menghormati adat budaya semua kaum [kecuali perkara yang jahat aaaa]... kita juga bukan sekadar berkongsi negara @ tempat tinggal... tapi kita berkongsi segala perkara [yang umum aaaa] seperti cuti, raya [orang melayu biasa raya layan semua...] makanan [chinese pun layan kedai india...] dan macam macam lagi yang korang bayangkan sendiri [ku sibuk aaa nak fikir banyak banyak]

yang pasti kita kena kekalkan keadaan macam ni sehingga... [korang bayangkan aaa sendiri sampai mana] dan pastinya Malaysia maju dan harapnya orang yang dalam Malaysia tu pun akan berusaha memajukan diri...

Read More! and Comments

Friday, August 24

Juventus FC




esok bermula saingan serie A italy... ku sebagai kipas-susah-mati untuk team ni, akan sentiasa berada dibelakang diorang. walaupun pernah diturunkan pangkat @ tahta, tapi sebagai kipas-susah-mati, "it doesn't matter". kali ni, the old lady @ kalangan fans kat italy mengelarkannya girlfiend of italy akan mengamuk dan akan mewujudkan persaingan paling hebat dalam serie A. tak dapat juara pun takpe... yang penting, layak automatik ke champion league [no 1 & 2 liga je yang layak automatik...]

berikut adalah full scout 1st team juventus FC

Keeper
Emanuele Belardi
*Gianluigi Buffon
Cristiano Novembre
Jess Vanstrattan

Defend
*Jorge Manuel Almeida Gomes Andrade
Alessandro Birindelli
Jean Alain Boumsong
Giorgio Chiellini
Domenico Criscito
*Zdenek Grygera
Nicola Legrottaglie
Cristian Molinaro
Jonathan Zebina

Midfield
Sergio Bernardo Almiron
*Mauro Camoranesi
Tiago Cardoso Mendes
Giuliano Giannichedda
Marco Marchionni
*Pavel Nedved
Antonio Nocerino
Ruben Olivera
Hasan Salihamidzic
Cristiano Zanetti

Striker
*Alessandro Del Piero
Vincenzo Iaquinta
Raffaele Palladino
*David Trezeguet

1st game... perlawanan pembukaan Serie A TIM...
Sabtu, 25th of August, 8:30 pm [waktu italy]
Juventus - Livorno
Delle Alpi


jersey baru [home]
sponsor pun baru [yang tertera kat shirt tu...]

kalau nak berita baru sila ke website

Read More! and Comments