Pages

Wednesday, October 1

Transaksi Mudah Pertama

Melakukan transaksi internet dalam Malaysia adalah satu yang menakutkan bagi kebanyakan orang. Keselamatan adalah faktor utama mengapa tidak ramai orang kita memilih membeli atas talian.

Keadaan dan tahap "genuine" barang yang dijual juga boleh menjadi sebab lain mengapa tidak membeli atas talian.

Pedulikanlah tentang perkara itu kerana setiap orang ada pandangannya sendiri.

Banyak komen di forum dan blog menyatakan belian dari website mudah sangat kurang selamat. Tetapi, ku ambil peluang.

Bagi mengelakkan berlaku kejadian penipuan, ku telah tetapkan untuk berjumpa sendiri dengan penjual. Barang yang ku ingin beli bukanlah besar tetapi harganya agak kurang mampu jika dibeli baru.

Dan.. alhamdulillah, selepas transaksi, memang benar barang yang ku beli adalah asli dan ia beroperasi baik. Cuma ada sedikit keraguan ketika proses rundingan berlangsung.

Penjual: "You check dulu, itu original."

Selepas membelek-belek barang.

Pembeli: Ok, I tengok macam ori. You dulu guna model mana??

Sambil air muka berubah.

Penjual: "I pakai dulu lama. Model sebelum 5000."

Dalam hati ku, "biar betul dia ni"

Nampak??

Dia guna tapi tak tau model yang mana. Meragukan bukan. Ku suspek barang yang ku beli tu adalah barang yang dia terjumpa..

Sekian