Sejak kebelakangan ini, timbul isu hangat tentang yang melibatkan yuran belajar yang ku 'suspect' sengaja diangkat pihak parti pembangkang demi melumpuhkan segala kekuatan parti pemerintah sekarang.
Discalimer: Tulisan ku ini tiada kena mengena dengan pro-parti pemerintah atau pro-parti pembangkang.
Mereka mendesak agar kerajaan memansuhkan yuran pengajian peringkat tinggi dengan memberi pengajian percuma kepada semua rakyat.
Yang menariknya, mereka telah membawa sekali isu dengan meminta agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dimansuhkan. Jika usul ini terlaksana, wow..!! Ia berita baik pada semua peminjam. Tetapi tidak pada ku dan tidak kepada peminjam yang tidak pernah lepas membayar wang pinjaman balik setiap bulan.
Lihat sahaja pelajar yang keluar berdemonstrasi, ku rasa amat sedih. Pelajar sekarang mudah hilang fokus dan mudah untuk dipengaruhi. Sebarkan sahaja apa jenis propaganda pun, mereka akan ikut tanpa membuat analisa kesan terlebih dahulu.
Ku juga pernah berstatus pelajar, pernah juga melalui perkara tidak 'best' semasa di University, tetapi, kami tidak menggunakan demonstrasi untuk menuntuk hak. Gunakan cara yang lebih 'terpelajar' untuk semua itu. Bukan cara demonstrasi yang bakal menjejakkan diri dan orang lain.
Jika hendak meminta kerajaan memansuhkan yuran pengajian tinggi, lihat dahulu kesan-kesannya.
Antara pertanyaan pertama yang ku dapat fikirkan, dari mana sumber kewangan akan diambil oleh kerajaan sekarang mahupun akan datang demi merealisasikan usul pengajian percuma ini...?
Soalan lain sila fikirkan sendiri.
Dalam beberapa hari ini, beberapa usul telah diluluskan antaranya kerajaan akan menanggung yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini antara 85 hingga 95 peratus.
Selain itu, berita baik kepada pelajar yang berada dibawah penjaman PTPTN yang mendapat kelas pertama, mereka akan dimansuhkan dari membayar semula pinjaman. Ini bermakna, mereka akan belajar secara percuma..!! Adakah ini sangat bagus..??
Jadi kepada pelajar semua, silalah balik ke rumah, ke kolej atau ke mana-mana tempat kamu tinggal, mulalah fokus dan tetapkan 'target' untuk kelas pertama. Kurangkanlah melakukan aktiviti yang kurang manfaat kerana apa yang kita lakukan sekarang akan 'reflect' pada kita pada masa akan datang.
Ingat ini pesanan dari abang:
Sebelum kita bercita-cita mengubah dunia, ubahlah dahulu diri kita..!!