Ia adalah satu yang "disastrous". Terdapat hampir lima artikel yang telah ku draf untuk diterbitkan di blog ini sejak beberapa minggu lalu telah hilang entah kemana.
Ia sungguh menyedihkan bagi ku kerana untuk ku menaip semula karangan yang sama tanpa mendapat apa-apa ganjaran adalah sedikit mustahil. Mungkin jika artikel itu tujuannya untuk diterbit sebagai artikel surat kabar dan mendapat royalti daripadanya atau artikel yang disiapkan sebagai "assignment" universiti, ku akan pertimbangkannya.
Tetapi artikel yang diterbit hanya untuk menjadi bacaan beberapa pembaca yang tidak memungkinkan beberapa pembaca itu mampu untuk menjana pendapatan melalui traffic click. Serious, tanyalah Nuffnang, dah bertahun blog ini menjadi "affiliate" kepada mereka tapi belum pernah sekalipun tuannya dapat merasa pendapatannya. Sebab apa? sebab memang blog ku ini tidak mampu menjana keuntungan.
Tiada ketetapan subjek mungkin menjadi penyebab tiada pengunjung yang berulang. Ku hanya menulis dan membicarakan tentang perkara yang global, yang kadangnya tidak menepati "interest" atau "hot search" terkini.
Yang, ku lebih mengutamakan originaliti dari menceduk tajuk mahupun isi seperti kebanyakan blog yang boleh dicari. Cari sahaja di Google perkataan yang panas terkini, bersepahlah "result" yang kebanyakan akan membawa ke blog berlainan yang berisi sama sahaja. [ku kurang melakukan ini kecuali jika sesuatu artikel atau tulis itu menarik untuk diterbitkan yang tidak memungkinkan ku untuk mengubah struktur artiket tersebut..]
Sudah, tak mahu merepek panjang. Hujung minggu lepas tak berkesempatan ke karnival Belon panas jadi harap-harap hujung minggu ni, JAMMING jadi...!!