Pages

Tuesday, June 17

Mamak tulis buku Rahsia Mamak....

Ceritanya gini... semalam, masa lepas ku balik dari discussion dan presentation (korang boleh agak aaa...) dalam jam 12 malam, ku ambil aaa masa sikit untuk selak selak paper saja untuk melalokkan mata yang sedang segar lepas layan teh panas kat kedai SS15 Subang...

Tapi memang segar pun sebab ku kena minum nescafe biasanya kalau nak buat rasa mengantuk... tapi tak masuk akal aa kalau nak layan nescafe lepas baru beberapa lama tadi dah layan teh panas gelas besar... terima kasih kepada Haidi kerana sudi membuat bayaran untuk air tu... Hehe...!!

Oh!! berbalik kepada paper tadi... ku tak ingat aaa belekan muka surat yang keberapa tapi memang tak sampai banyak aaa muka surat tu yang ku belek... buka je terpacul gambar seperti dibawah dengan tag line "Rahsia mamak bertahan"


Caption = "Penulis bersama buku Rahsia Bisnes Mamak, Muhammad Faisal Sharbudin (kiri) dan Zamri Mohamad."

Apa yang membuatkan ku mengangkat cerita ni adalah kerana, Muhammad Faisal Sharbudin (kiri) tu adalah kenalan atau lebih dikenali sebagai junior ku masa DIA Caw Jengka Pahang... Dia satu batch dengan drummer lama band lama ku... tak sangka dia ada bakat dalam penulisan membuat buku dan satu lagi yang bestnya tu adalah, tajuk artikel memang senonim dengan panggilan manja dia masa kat Jengka dulu, MAMAK...

Baca artikel kat sini