Pages

Tuesday, April 16

Di Satu Petang Yang Tidak Hujan


Salam sejahtera,

Minggu ini pastinya minggu yang agak sibuk yang bukan akan tetapi memang pasti aku lalui. Seperti yang ramai rakan yang mengetahui, ku sudah berpindah ke tempat kerja baharu.

Dan ini pasti, Suasana pastinya baru, rakan juga baru walau ada rakan lama yang berada dibangunan berdekatan, Masa kerja juga berubah dan yang pastinya, cara kerja juga jauh berubah. Cara kerja memang amat-amat berlainan berbanding cara kerja ditempat lama. Tidak perlu ku perincikan tentang ini, kerana ia akan membuatkan menaip lebih panjang dari yang sepatutnya.

Takkala ku mula menaip ini, jam tinggal 30 minit menghampiri enam petang, enam petang tepat adalah masa untuk balik. Jika dalam bahasa pasarnya, masa untuk cabut. Disini, tidak perlu stay back melainkan jika benar-benar-benar-benar perlu. Maknanya, kerja yang dibuat boleh disambung keesokkannya bergantung pada tahap kesegeraannya.

Semalam adalah pengalaman hari pertama ditempat baru. Tidak banyak sumbangan yang dapat ku beri memandangkan segala carta aliran kerja dan semua perkara tentang kerja secara amnya masih belum ku pelajari. Walaupun begitu, mesyuarat bersama pengurus tetap perlu ku hadiri dengan fikiran yang kosong.

Hari ini, setelah dua hari disini, ku telah menerima empat tugasan. Empat tugasan yang ku kira agak mudah untuk diselesaikan jika tidak perlu melalui pelbagai saluran untuk dilaksanakan. Itu tidak mengapa, ku menerima tunjuk ajar yang baik dari senior disini dan perlahan-lahan menyerap segala tugasan dengan baik.

Esok, hari ketiga, ku perlu menghadiri mesyuarat dengan para pengarah. Nasib baik selepas dimaklumkan, ku tidak perlu membuat perbentangan dalam mesyuarat tersebut walaupun nama ku naik dalam agenda sebagai salah seorang yang menaikkan isu yang perlu dibincangkan pada hari tersebut.

Jadi, sudah lima belas minit masa terluang untuk tulisan ini. Mungkin pada hari-hari mendatang, ku tiada lagi tetingkap masa seperti ini. Mampu menaip dan memikir perkataan apa yang hendak diturunkan.

In shaa Allah, jika ada kelapangan, akan ku tulis lagi. Untuk masa ini, sepuluh minit lagi, emosi ku lebih terarah untuk balik..!!



Read More! and Comments

Tuesday, April 9



Takkala ini, hampir kebanyakkan orang, terutamanya, sebilangan rakan ku yang sibuk memperkatakan tentang perubahan pemerintahan. Perkara yang dikongikan samada benar atau salah, fakta atau fitnah, bercampur-baur. Biarkanlah mereka, itu hak mereka bersuara walaupun kadang-kadang ia sedikit menjengkelkan bila penuh "newsfeed" akaun Facebook ku dengan cerita-cerita tersebut.

Sebelum negara menikmati angin perubahan pemerintahan [jika berlaku], perubahan angin yang paling besar akan berlaku kepada ku..!!

Ku memang percaya, setiap orang akan ada bahagiannya. Samada ia cepat atau lambat. Rakan juga banyak memberi dorongan dan kadang-kala bantuan dan kata-kata demi untuk ku tidak patah semangat.

Jadi Isnin depan..

Bangsar South.. I come thereeeeeee...


Read More! and Comments