Pages

Sunday, February 15

Daulat Tuanku

Hujan di tengah hari
Pakai payung emas
Lumpur yang terpalit
Dayang-dayang kemas
Belajar luar negeri
Duit tak pernah cemas
Setelah ditabalkan
Jodoh dengan puteri

Party hujung minggu
Kereta BMW
Cari gebu-gebu
Teman beradu

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
Ataupun anak Sultan lupa daratan
Panchung sula rejam Woi!
Aku tak gentar
Lagi suciku ini milik rakyat jelata

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Oh! Janganlah murka
Dirgahayu takkan layu
Oh! Lagu ini takkan berhenti

OK jumpa lagi di lain hari
OK cuba lagi sampai mati
OK jumpa lagi barangkali

Janganlah cemas


* Some of words are quite "panas" but we support our Sultan, our Leader...
** To listen to the song, please buy "Selamat Tinggal Dunia" album from Butterfingers

Read More! and Comments

Friday, February 13

Kemelut

Dah berapa lama ku tak rasa macam nak menaip dan buat posting dalam blog ni, kiranya hari ini mood ku datang semula. [sementara ada ni]

Bila berkata tentang kemelut, ada banyak perkara yang kita boleh bincangkan tak kira dimana mana, di pejabat, tepi padang, kedai makan atau dalam rest room [ahaks]. Kemelut politik, kemelut bola sepak dan kemelut ekonomi adalah sinonim barlaku di Malaysia sekarang ini. Kalau nak kira, ada banyak lagi, tapi ini yang major issue buat masa terkini.

Kemelut politik negara adalah salah satu perkara yang tiada penghujung. Pelbagai perkara aneh berlaku dalam politik negara sekarang dan sesungguhnya yang paling panas adalah perkara lompat parti dan juga perang dingin dalam parti. Ku tak pandai sangat nak komen tapi perkara begini hanya mendedahkan tentang betapa ketidakstabilan sesebuah kumpulan itu. Jadi, anda fikir sejenak dan jadikan perkara yang lalu sebagai pengajaran.

Satu lagi kemelut berpanjangan tak sudah adalah kemelut prestasi bola sepak tempatan di peringkat antarabangsa. Sejak selepas team Malaysia menang emas sukan sea tahun 19**, prestasi bola sepak kita terus terusan merundum. Pelbagai langkah yang diambil pihak pentadbiran bola sepak tetapi, segalanya gagal. Akhirnya, orang tu tunding orang ni, orang ni tunding orang tu... Jadi, segala penyelesaian tak jumpa. Bila cadangan penggunaan pemain import hendak dimansuhkan, ramai yang tak bersetuju tapi ia tetap dilaksana. Kita ada ramai pemain yang bagus, tapi atas alasan bola sepak tidak menjamin masa depan, tak ramai yang nak main bola, baik masuk universiti dan cari kerja yang boleh tampung hidup sampai ke tua. Selain tu, pemain kita ramai main liga domestik, macam main kat kampung, bila pergi main kat luar kampung, semua terkedu... sebab tu baru baru ni kita kalah 5 je... Kita perlu export player kita main diluar, tak kira tak main diliga utama pun sebab yang penting, mereka mereka tu bila dah pencen main bola boleh bawa balik segala pengalaman untuk dicurahkan untuk peningkatan player yang akan datang...

Ni satu lagi kemelut ekonomi, ia telah membuatkan penerimaan lewat gaji ku sejak beberapa bulan kebelakangan dan untuk beberapa bulan kehadapan... Ahhh..!! malas ku nak komen lagi... GAJI LAMBAT LAGI BULAN NI...!!

Read More! and Comments