Pages

Wednesday, December 26

Temuduga Jabatan Agensi Kerajaan.


Saya ingin bercerita lagi tentang kisah temuduga. Seperti terlalu banyak pengalaman temuduga yang saya nak kisahkan, tetapi kadang-kadang saya rasa seperti, lebih baik juga jika saya simpan sebahagiannya sebagai kenangan pahit manis yang pernah saya lalui.

Melalui process temuduga di syarikat swasta adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan temuduga untuk jawatan penjawat awam. Saya telah melalui agak banyak kali dan untuk mengetahui perbezaannya, anda perlu laluinya sendiri. Tidak perlulah saya ceritakan disini kerana ia akan melibatkan masa yang panjang untuk saya tuliskan.

Lucu juga bila saya ingat ingatkan semula dengan beberapa temuduga yang saya pernah hardiri. Bukan temuduga itu yang lucu tetapi kesannya selepas itu yang membuatkan ia agak lucu untuk saya.

Ada berapa ramai yang pernah hadiri temuduga jawatan Pegawai Teknologi Maklumat untuk Jabatan Agensi Kerajaan. Maksud saya temuduga bukan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awan tetapi ia diuruskan sediri oleh Jabatan tersebut. Pernah saya hadir disana [tidak mahu saya umumkan nama jabatan tersebut], dan seperti normalnya, jika anda hadir untuk temuduga untuk jawatan di Agensi Kerajaan, anda akan dapati clon yang dipanggil adalah agak ramai.

Pada hari tersebut, terdapat 12 orang calon dan saya mendapat giliran yang ke 9. Saya sengaja sampai lewat kerana saya amat sedia maklum, lambat ada salah satu budaya yang telah lama diamalkan dalam urusan yang melibatkan kerajaan. Maaf, saya hanya cuba menyesuaikan diri saya kepada budaya yang mereka amalkan sebelum saya ter'cultural shocked' jika saya diterima bekerja satu hari nanti.

Temuduga yang saya jalani boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Saya katakan lancar memandakkan ia berlangsung dengan menggunakan bahasa ibunda, bahasa utama yang saya gunakan dalam seharian saya. Keyakinan saya amat tinggi ketika itu. Tiada masalah untuk saya menjawap segala soalan tentang diri saya, apa yang saya lakukan sekarang sehinggalah masuk soalan-soalan tentang teknologi maklumat.

Saya masih ingat satu soalan yang diberi. Soalannya berbunyi hampir seperti ini.

"Apabila saya dapati sebuah computer yang digunakan menjadi perlahan, apa yang perlu saya buat??"

Saya amat yakin dengan jawapan saya iaitu,

"Sesebuah computer menjadi perlahan adalah keranan beberapa symptoms. Antaranya adalah kerana worm atau virus. Saya akan gunakan tools untuk menghapuskan ia. Ia juga mungkin berlaku kerana pengguna memasang perisian yang tidak sah. Saya juga akan mengambil langkah awal dengan memastikan saya membersih dan mengosongkan history, temporary folder dan beberapa folder lain".

3 penemuduga memandang antara mereka. Suasana menjadi sedikit senyap sebelum salah seorang penemuduga memberikan jawapan yang sebenarnya mereka mahukan dari saya.

"Bagaimana jika tambah memori?", ujar salah seorang penemuduga.

"Menambah memori hanya akan melibatkan kos dan perbelanjaan akan bertambah jika ia melibatkan banyak komputer", antara penyataan panjang saya dalam menyokong jawapan yang saya telah berikan.

Perjalanan temuduga selepas itu menjadi sejarah.

6 bulan selepas temuduga, tiada apa apa jawapan tentang keputusan temuduga tersebut. Selepas saya membuat sedikit kajian tentang perjalanan temuduga tersebut, saya amat yakin yang jawapan saya berkenaan komputer perlahan yang saya tulis diatas telah meyebabkan peluang saya tertutup terus untuk mendapatkan jawatan itu.

Saya baru terperasan yang jika saya seorang penjawat awam, saya memang perlu, perlu sangat sangat menjadi seorang yang seperti mereka, kerana di Jabatan atau Agensi Kerajaan,

"Boros itu adalah salah satu amalan budaya mereka".