Pages

Wednesday, December 26

Temuduga Jabatan Agensi Kerajaan.


Saya ingin bercerita lagi tentang kisah temuduga. Seperti terlalu banyak pengalaman temuduga yang saya nak kisahkan, tetapi kadang-kadang saya rasa seperti, lebih baik juga jika saya simpan sebahagiannya sebagai kenangan pahit manis yang pernah saya lalui.

Melalui process temuduga di syarikat swasta adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan temuduga untuk jawatan penjawat awam. Saya telah melalui agak banyak kali dan untuk mengetahui perbezaannya, anda perlu laluinya sendiri. Tidak perlulah saya ceritakan disini kerana ia akan melibatkan masa yang panjang untuk saya tuliskan.

Lucu juga bila saya ingat ingatkan semula dengan beberapa temuduga yang saya pernah hardiri. Bukan temuduga itu yang lucu tetapi kesannya selepas itu yang membuatkan ia agak lucu untuk saya.

Ada berapa ramai yang pernah hadiri temuduga jawatan Pegawai Teknologi Maklumat untuk Jabatan Agensi Kerajaan. Maksud saya temuduga bukan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awan tetapi ia diuruskan sediri oleh Jabatan tersebut. Pernah saya hadir disana [tidak mahu saya umumkan nama jabatan tersebut], dan seperti normalnya, jika anda hadir untuk temuduga untuk jawatan di Agensi Kerajaan, anda akan dapati clon yang dipanggil adalah agak ramai.

Pada hari tersebut, terdapat 12 orang calon dan saya mendapat giliran yang ke 9. Saya sengaja sampai lewat kerana saya amat sedia maklum, lambat ada salah satu budaya yang telah lama diamalkan dalam urusan yang melibatkan kerajaan. Maaf, saya hanya cuba menyesuaikan diri saya kepada budaya yang mereka amalkan sebelum saya ter'cultural shocked' jika saya diterima bekerja satu hari nanti.

Temuduga yang saya jalani boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Saya katakan lancar memandakkan ia berlangsung dengan menggunakan bahasa ibunda, bahasa utama yang saya gunakan dalam seharian saya. Keyakinan saya amat tinggi ketika itu. Tiada masalah untuk saya menjawap segala soalan tentang diri saya, apa yang saya lakukan sekarang sehinggalah masuk soalan-soalan tentang teknologi maklumat.

Saya masih ingat satu soalan yang diberi. Soalannya berbunyi hampir seperti ini.

"Apabila saya dapati sebuah computer yang digunakan menjadi perlahan, apa yang perlu saya buat??"

Saya amat yakin dengan jawapan saya iaitu,

"Sesebuah computer menjadi perlahan adalah keranan beberapa symptoms. Antaranya adalah kerana worm atau virus. Saya akan gunakan tools untuk menghapuskan ia. Ia juga mungkin berlaku kerana pengguna memasang perisian yang tidak sah. Saya juga akan mengambil langkah awal dengan memastikan saya membersih dan mengosongkan history, temporary folder dan beberapa folder lain".

3 penemuduga memandang antara mereka. Suasana menjadi sedikit senyap sebelum salah seorang penemuduga memberikan jawapan yang sebenarnya mereka mahukan dari saya.

"Bagaimana jika tambah memori?", ujar salah seorang penemuduga.

"Menambah memori hanya akan melibatkan kos dan perbelanjaan akan bertambah jika ia melibatkan banyak komputer", antara penyataan panjang saya dalam menyokong jawapan yang saya telah berikan.

Perjalanan temuduga selepas itu menjadi sejarah.

6 bulan selepas temuduga, tiada apa apa jawapan tentang keputusan temuduga tersebut. Selepas saya membuat sedikit kajian tentang perjalanan temuduga tersebut, saya amat yakin yang jawapan saya berkenaan komputer perlahan yang saya tulis diatas telah meyebabkan peluang saya tertutup terus untuk mendapatkan jawatan itu.

Saya baru terperasan yang jika saya seorang penjawat awam, saya memang perlu, perlu sangat sangat menjadi seorang yang seperti mereka, kerana di Jabatan atau Agensi Kerajaan,

"Boros itu adalah salah satu amalan budaya mereka".





Read More! and Comments

Saturday, December 22

Telur Separuh Masak dan Seluar Skinny


Suatu pagi, ketika saya dan isteri sedang bersarapan roti bersama telur separuh masak sebelum kami berangkat ke tempat kerja, saya telah mendapat satu idea paling macho untuk memulakan pagi saya dengan kecerian.

"Nak tahu, mengikut kajian, memakan telur yang dimasak separuh boleh meningkatkan bilangan penghasilan sperma bagi lelaki", kata saya dengan keyakinan paling tinggi kepada isteri.

Setelah habis menghirup telur dari sudu, isteri saya dengan gaya terkejut,

"Iya", sambil sedikit mengerutkan dahinya sambil tangan masih memegang mangkuk telur separuh masak yang dicampur dengan kicap dan lada putih.

Isteri saya menghirup satu sudu lagi sebelum menambah kata.

"Tapi.. dalam buku kesihatan yang saya baca", sambil menunjuk ke arah buku bertajuk Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden tulisan Dr. Danial Zainal Abidin.

Isteri saya terus menambah dengan yakin,

"Buku itu ada menerangkan, lelaki yang memakai skinny jean boleh mendatangkan kemandulan".

Isteri saya kemudian terus menyambung hirupan satu lagi sudu telur separuh masak.

"Huh..!!?" Saya terkedu,

"ok..!!?"

Saya terus menghabiskan baki air kopi dalam gelas dan terus keluar untuk memanaskan enjin kereta.



Read More! and Comments

Wednesday, December 19

Simpan: Versi Kedah


Ketika berada dikampung atas urusan pengkebumian atas kematian ayah mentua saya, saya telah dapat belajar satu lagi perkataan biasa yang digunakan orang utara tetapi agak pelik jika digunakan oleh orang di bandar Kuala Lumpur seperti saya.

Ceritanya begini.

Saya sedang duduk di bahagian hadapan rumah. Seorang pakcik yang saya tidak kenal talu menegur saya dalam dialek utara yang pekat.

Pakcik: Meninggal dimana? hospital ke?
Saya: Ya. petang semalam.
Pakcik: SIMPAN pukul berapa?

Saya terkedu. Masih mengawal ayu.

"Simpan?", tertanya saya dalam hati. Dalam fikiran saya hanya berlegar pada satu, apa maksud pakcik itu bertanyakan soalan sebegitu.

"Apa yang saya atau keluarga saya nak simpan?", persoalan saya semakin panjang.

Melihatkan saya sedikit dungu dan sedikit agak keliru, pakcik tadi seraya berkata.

"Pakcik masuk dululah yea", dengan dialek utara yang pekat sambil menunjuk-nunjukkan tangannya ke arah dalam rumah meninggalkan saya yang masih terpinga-pinga.

Saya yang dari tadi tidak puas hati, terus mendapatkan isteri.

"Tadi ada seorang pakcik tanya, simpan pukul berapa..!!??", bisik saya pada isteri. Saya berbisik perlahan bukan kerana malu untuk persoalan saya didengari orang berdekatan tetapi saya berbisik kerana saya menghormati mereka.

"Apa dia!?", tanya isteri saya dengan nada yang agak kuat demi untuk kepastian.

"Simpan pukul berapa.. Simpan tu apa maksudnya??", ujar saya lagi secara berbisik.

"Simpan pukul berapa tu maksudnya tanam pukul berapa", terang isteri saya sambil menambah,

"Tanam.. tanam", dengan aksi cakaran kedua tangan kebawah dihayun tunjuk kebawah.

"Oooo.. tanam", saya mula merasa lega..


Read More! and Comments