Semasa sedang di dalam perjalanan ke satu destinasi di Seri Serdang..
Amir: Ayah.. tengok..!! Jamek Maju tutup lagi..!!
Jamek Maju adalah sebuah kedai makan berkonsep mamak yang hanya sempat dibuka dalam satu atau satu bulan setengah sahaja sebelum ia diserbu pihak Majlis Perbandaran dan menyitar keseluruhan kedai.
Ayah: Memanglah.. Kedai tu kena denda sebab buka tiada lesen..
Amir: Ooo.. denda tu tu apa ayah..!!??
Ku dah sedikit cemas disini...
Ayah: Denda tu maksudnya, balasan kalau kita melakukan kesalahan.
Amir: Oooo.. Balasan tu apa ayah..!!??
Adoi..
Ayah: Balasan tu perkara yang kita dapat daripada apa yang kita buat. Jadi, orang kedai tu buat salah, dia kena dendalah.. Faham..!!?
Amir: Denda tu apa ayah..!?/
Hoho..
Ayah: Macam ni. Di school, kalau Amir buat bising, teacher akan denda Amir dengan rotan. Jadi, kena rotan tu balasan kepada Amir sebab buat bising.
Amir: Oooo.. orang kedai Jamek Maju tu kena denda rotanlah yea..!!??
Ayah: huh...!??
//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.
Anda mungkin juga ingin mengikuti:
Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan