Pages

Tuesday, October 28

Lucu Pula Scam TM Ni..

Telekom Malaysia Berhad
G.03B, Ground Floor, Kompleks Antarabangsa,
Jln Sultan Ismail, Off Jalan Ampang
50088 50250 Kuala Lumpur

NOTIS RASMI HADIAH DARI TELEKOM MALAYSIA.

The TELEKOM MALAYSIA ® MEMENANGI program-program yang diadakan pada 7 Oktober 2014, alamat e-mel peribadi anda bertugas untuk memenangi Tiket nombor: 2-4-16-37-89-40-85 dengan Nombor siri 2268/02, yang akibatnya menang anda Ringgit Malaysia $270,000.00 dalam kategori kedua TM khas keluarga loteri, tuntutan anda Telekom khas keluarga Pakej memenangi Hadiah, anda dikehendaki menghubungi Jabatan tuntutan melalui e-mel untuk pemprosesan dan kiriman wang Hadiah anda kepada anda.

Kami berterusan Telekom keluarga Khas Hadiah Program yang diadakan di ibu pejabat kami di sini di Kuala Lumpur program beliau Jumlah RM $270,000,00 (dua ratus dan
Tujuh puluh ribu Ringgit Malaysia) adalah bonus tunai yang diberikan kepada anda dari Telekom Malaysia 2014 keluarga Special pakej untuk anda dan keluarga anda kepada kami tentang ini hanya diraikan Hari Raya ini tahun 2014.

Ini jumlah MYR270, 000.00 ditaja oleh Perodua Malaysia dan Tenaga Nasional yang terlibat dalam penajaan Telekom 2014 khas keluarga pakej dan anda perlu tahu bahawa e-mel ini adalah 100% asli dan legit kerana program kami menang biasanya datang 5Years setiap jadi sila maklum dan faham bahawa e-mel ini adalah 100% asli.

Sila hubungi kami tuntutan ejen;

ENCIK.SHAFFIE BIN HASSAN (Pengarah Jabatan tuntutan)
E-mel:tm.net.my@outlook.com
==================================
Untuk diproses, sila hubungi kami
Tuntutan agen dengan syarat-syarat tuntutan
Di bawah ini:
==================================
Syarat-syarat tuntutan:
1. Penuh nama...
2. Umur:...
3. Pekerjaan:...
4. Telefon:...
5. Negeri/bandar:...

Sila ambil perhatian bahawa 2014 di Telekom Malaysia diberikan kepada keluarga anda sepenuhnya dan ia perlu dituntut daripada Jabatan tuntutan kami sebelum 29 Oktober kerana di

Telekom Malaysia 2014 khas keluarga pakej adalah sah sehingga 29 Oktober 2014

PN.Nadia Binti Raffik.
Telekom Malaysia Anugerah Pengurus Eksekutif.
Malaysia ibu pejabat.

>>>>>>>>>>>>>>>>

Hati hati yea..

Read More! and Comments

Wednesday, October 1

Transaksi Mudah Pertama

Melakukan transaksi internet dalam Malaysia adalah satu yang menakutkan bagi kebanyakan orang. Keselamatan adalah faktor utama mengapa tidak ramai orang kita memilih membeli atas talian.

Keadaan dan tahap "genuine" barang yang dijual juga boleh menjadi sebab lain mengapa tidak membeli atas talian.

Pedulikanlah tentang perkara itu kerana setiap orang ada pandangannya sendiri.

Banyak komen di forum dan blog menyatakan belian dari website mudah sangat kurang selamat. Tetapi, ku ambil peluang.

Bagi mengelakkan berlaku kejadian penipuan, ku telah tetapkan untuk berjumpa sendiri dengan penjual. Barang yang ku ingin beli bukanlah besar tetapi harganya agak kurang mampu jika dibeli baru.

Dan.. alhamdulillah, selepas transaksi, memang benar barang yang ku beli adalah asli dan ia beroperasi baik. Cuma ada sedikit keraguan ketika proses rundingan berlangsung.

Penjual: "You check dulu, itu original."

Selepas membelek-belek barang.

Pembeli: Ok, I tengok macam ori. You dulu guna model mana??

Sambil air muka berubah.

Penjual: "I pakai dulu lama. Model sebelum 5000."

Dalam hati ku, "biar betul dia ni"

Nampak??

Dia guna tapi tak tau model yang mana. Meragukan bukan. Ku suspek barang yang ku beli tu adalah barang yang dia terjumpa..

Sekian

Read More! and Comments

Monday, September 29

Majalah ROTTW untuk Kolektor

Salam sejahtera,

Saya mempunyai koleksi majalah ROTTW yang ingin saya jual memandangkan saya perlu mengosongkan rak untuk buku buku yang baru.

Harga: Setiap satu edisi saya lepaskan dengan harga RM1 setiap satu, tidak kira untuk edisi saiz besar mahupun yang kecil.

Kaedah berurusan: COD

Kawasan: Bangsar South, Kerinchi (hari bekerja), Seri Serdang, Balakong Jaya atau kawasan berdekatan (hari cuti).

Senarai edisi yang masih ada seperti dibawah. Sila abaikan edisi yang DIPOTONG kerana edisi tersebut sudah tidak ada.


Edisi
12345678910
11121314151617181920
21222324252627282930
31323334353637383940
41424344454647484950
51525354555657585960
61626364656667686970
71727374757677787980
81828384858687888990
919293949596979899100
101102103104105106107108109110
111112113114115116117118119120
121122123124125126127128129130
131132133134135136137138139140
141142143144145146147148149150
151152153154155156157158159160
161162163164165166167168169170
171172173174175176177178179180








Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan salah satu mahupun beberapa edisi majalah ROTTW seperti yang tersenarai, boleh turunkan komen, email ke greendazey@hotmail.com atau cari saya DISINI.

Terima Kasih

Read More! and Comments

Saturday, August 16

Pakcik, Pukul Berapa Sekarang?

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut,

"Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?

Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata,

"Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata,

"Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi,

"Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi,

"Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.

"Kemudian?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.

Terus dia bertanya,

"Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,

"Masalahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"


Copy from internet with minor edit.

Read More! and Comments