Pages

Tuesday, May 29

hujung minggu lepas...

saja aa nak cerita pasa korang tentang aktiviti hujung minggu ku lepas.. actually, kalau ikut list kenduri tu, kira minggu lepas aaa start dah... minggu ni ku sekeluarga bergerak balik kampung mama ku, kampung jawa, kuantan...

kisah sedih: kami bertolak 2 kereta, awal awal lagi dah hampeh... bayang aa nak keluar dari KL, serdang-gombak yang patut 30min je jadi 75min gara-gara kesesakan... kira sampai kat tol gombak tu jam dah menunjukkan angka 915pm.. perjalanan kami ok... singgah petronas karak highway makan malam dan episode tak bestnya bermula dari lanchang... mama ku terima panggilan dari sepupu ku yang kata, dia sedang berada di tol gambang dan dia minta kami jalan slow dan tunggu untuk konvoi bersama kat hentian temerloh... cheeee... kami pun sampai kat hentian dan rehat rehat... 10min... 20min.. dapat call lagi dan mengatakan diorang kan sampai lagi 20min... kami pun macam lega gak aaa... 10min... 20min... 30min... amir dah panas... dia dah merengek + nangis nak tidur... nasib dia lelap lepas ku bawa pangku dia jalan kat dalam area kawasan berbumbung hentian tu... masa tu dah dekat 50min, sepupuku tak sampai lagi... bila ku datang kekereta, mama ku kata, "long, diorang dah sampai tapi stuck kat jambatan cantik depa tu..." (kalau korang tau mesti dapat bayangkan!!).. rupanya, anak buah ku rembat keta tak tgk temperature... panas sampai radiator cap pecah...

tu asap keluar dari radiator...

disebabkan ku bawa budak + nak bawa kuih dengan segera (pasal nak bungkus untuk kenduri)... jam 315am ku gerak dahulu. nak dijadikan cerita lagi, elok sesampai titt... lepas touch n go kat tol gambang, amir merengek... ku pun sederas angin pusing stereng berenti kat tepi hentian tol tu... keluar aaa tin susu, flask dan air mineral untuk buat susu amir (maklum dia lapo..). lepas dah siap susunya, dah sua kat mulut dia pun dia... so, dengan pantas ku masuk kereta simpan apa yang patut dan masuk gear "d" (kereta auto...) baru gear nak masuk 3, gegegub... ada benda jatuh...

chisss!! rupanya flask air panas yang ku guna tadi lupa nak masukkan dan ku letak kat atas bumbung kereta... memang telangkup abis aa bendatu bula ku jalan... "alamak, flask...!!" tu je ayat yang dapat ku luahkan... mama ku, adoii... macam mana ko ni long... shima!! dia membisu !! (dia duk belakang...) ku pun berlari anak kutip semula flask yang dah termuntahkan sedikit air... ada 2 orang abang TLDM situ kata.. "pecah dah benda tu..."!! tapi bila ku check tak berapa pecah cuma herot sikit... maaf ek! bu, nanti saya beli yang baru (flask tu sebenarnya shima baru beli dan julung kali kami guna masa nak balik kuantan hari tu...) rasa bersalah pun ada juga.... chisss!!

kami sampai kuantan dalam jam 445am... semua dah tidur nyenyak masa tu... 2 kereta lagi sampai kuantan jam 7am... tu pun diorang main tunda 2 kereta!! LPT punya tow truck driver tidur!!!

cerita gembira: kenduri berjalan dengan baik. tak hujan dan tak berapa panas... cuaca berangin, maklum kuantan tepi laut... pagi pagi amir dah hilang dibawa pakciknya jalan jalan kat umah sebelah... ishh!! nasib aaa budak tu tak takut ngan orang.. abis semua orang dia layan jee... tapi bagus aaa, senang aaa ku ngan shima nak tolong buat kerja apa yang patut... petang dalam jam 4pm++ keluarga acik sampai, makan apa yang ada aaa... esok paginya.. malam tu acara potong kek, bergambar ngan buka hadiah...!!

rupa paras pelamin..

rupa paras pengantin... Kama + ina

ni je sempat gambar yang diambil... nasiah amir lob...

gambar adik beradik... semua tak dressing...

esok paginya, acara mandi sampat dijalankan.. ku tak sure aa untuk apa tapi ku follow jee... kalau keluarga diraja ada aa bikin acara ni... kalau tak silap hindu pun ada buat (nak buat camne... kita dulu asalnya agama hindu... jadi ada aa terbawa bawa...) yang best tu, mandi sampat ni kami buat special.. tak guna air paip semata, tapi air paip di tambah ngan seguni ais... korang bayang aaa betapa sejuknya air tu... yang paling menarik masa acara ni bila orang keliling pun kena jirus juga... maknanya, bukan pengantin je yang kena tapi yang tukang pegang kain tu pun kena (dia memang tak boleh elak...), tukang top up air kena (sebab diorang dekat...) dan semua yang menonton... kalau dapat elak tak basah aaa... tapi sebab kebanyakan memang duk dekat, memang sengaja... spotting... adik ku yang sedang injured guna tongkat pun kena juga walau dia duk jauh (sebab dia tak leh lari...) ekekeke...

ni aaa mandi sampat... sejuukkk...

kami bertolak dari kuantan dalam jam 1130am dan insyaAllah, ahad ni schedule ku cuti, boleh aa follow p mengantar kat rumah lelaki...

Korang nak tau, ni aaa kegemaran anak ku sejak kebelakangan ni... main ngan stereng... asal masuk kereta mesti tenung menda tu... bila letak je kat belah pemandu, tangan terus capat pegang erat... gambar ni ambil petang sebelum berangkat ke kuantan.. masa lepas baru ambil dia dari rumah pengasuh...

Read More! and Comments

Friday, May 25

RED WHITE AND BLUE MINI CHEESECAKES



This Is A Brookshire's Best Recipe
Makes: 12 servings

Ingredients:
2 (8 ounce)packages reduced fat cream cheese, softened
1/3 cup Burleson ’s pure honey
2 eggs
1 teaspoon McCormick French Vanilla flavoring
12 vanilla wafers cookies
21 ounce can cherry pie filling
7 ounce can Reddi Wip whipped cream
1 pint fresh blueberries

Directions:

Preheat oven to 325 degrees.Place paper liners in 12 muffin cups and put one wafer cookie in each.

Mix cream cheese, Burleson's pure honey and McCormick French Vanilla with an electric mixer until smooth. Mix in eggs until creamy. Fill each muffin cup 3/4 full and bake 12 to 15 minutes, until cheesecakes bounce back when lightly touched. Let cool completely.Top with cherry pie filling,a swirl of Reddi Wip whipped cream and several blueberries for a red,white and blue garnish.

Nutritional Information:
Calories per serving: 165. Fat: 8 grams
(5 gr. saturated fat),
cholesterol: 59 mg., sodium: 149 mg.,
carbohydrates: 19 gr., fiber: 0 gr.



p/s: ni ku amik dari salah 1 client yang tiap minggu ku bersengkang mata untuk update site diorang... cilo sikit... bukan apa, ku rasa bahan2 yang digunakan pun mudah dan halal (tu penting)... nan, nanti ku sms alamat ku untuk kad jemputan ko tu... ku buat aaa cheesecake ni khas untuk jemputan khas... cunn tu... ohh! satu lagi, boleh buat untuk raya...

Read More! and Comments

Monday, May 21

Walimatul urus

Selamat Pengantin Baru - Hijjaz

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga



musim cuti sekolah datang lagi... masa2 ni, banyak aaa papan tanda tunjuk arah akan terpancang di kawasan2 trafic light sekitar kampung... dan masuk hari ni dah banyak juga jemputan2 kenduri yang kuterima dari kawan2... ni senarai tarikh kenduri yang ada dalam tangan ku...

ini undangan untuk majlis kenduri arman farmi26 may - teh (sepupu ku - kuantan)
2 jun - kawan shima (batu pahat)
2 jun - tak ingat nama (umah mak angkat kuala nerang)
3 jun - nurul (temerloh)
9 jun - diaudin (tanjung karang)
9 jun - arman farmi (bentong)
9 jun - sedara acik kadir (putra court, putrajaya)
10 jun - hadi (banting)

kalau rasa korang kenal, jemput aaa... ini list yang ku ada skang... tak tau aa kalau ada lagi yang akan datang menjemput..


untuk ex-dia06 jengka... ini image yang ku dah extract dari mail yang arman send tu... tak berapa clear pasal original image pun dah sedia maklum tak clear... dia punya map, lagi tak boleh nak extrac pasal image besar, tulisan kecil.. tak nampak...

ni yang baru diterima... untuk x-is221, kenduri adnan rizal akan berlangsung seperti berikut
[rumah perempuan] aqad niqah - 23 jun 2007, 9.00 malam.
[rumah perempuan] kenduri - 24 jun 2007 (sekinchan)
[rumah lelaki] ahad 8 julai 2007 (taiping)
boleh aaaa nak plan cuti untuk majlis bulan julai nanti...

Read More! and Comments

Saturday, May 19

Bastard...


malam ni sabtu, ada clash live kat astro channel 4 final af dan channel 82
live fa.. kat rumah memang tak dapat aa nak tengok pasal majoriti kat umah tu memang dari petang dah duk depan tv tunggu untuk af...

jadi jam 10pm, ku keluar aa rumah pusing2 cari kedai mana yang boleh ku nak menyelit masuk duduk untuk tgk fa...tapi haram, semua kedai penuh... ada 3 kedai kat serdang ni yang guna projector dan kedai tu memang dah kehabisan kerusi... 1 kedai ada tv 44 inch tapi memang penuh gak...

ku try call bebudak yang biasa tgk bola kat kedai, semua tak angkat... tapi pastu dalam jam 1130pm baru balas sms ajak main futsal... siot tulll!!

tak putus asa ku drive lagi cari dan terjumpa aa kedai yang memang ku tak expect dia pasang fa... jadi dengan keyakinan tinggi dan semangat ku pun turun kereta dan amik tempat... punya lah best masa tu pasal tak berapa ramai orang jadi kerusi senang nak dapat... ku order air, dan kelihatan sekumpulan lagi budak lelaki (student upm kut...) masuk cepat2 cari kerusi... maklum niat hati nak tgk fa...

memang celaka betul, elok, meja penuh je dalam 15min lepas tu, tup tup... dia tukar channel af... terkedu minum air, rasa runtuh semangat... maklum kedai ni ada projector... bebudak yang baru masuk tadi dah tersenyum2 pasal nak blah dah order... huhu... tak lama... 5 minit pastu ku bayar terus balik umah... skang sdg terperap dalam bilik taip luahan hati ni... sial betull aaaa... kecewa betulll... memang dia tunggu meja penuh semua dah order terus tukar fa ke af... memang sial... (marah ni...)


dulu kengkawan ada berkumpul kalau ada apa2 aktiviti seperti contoh tgk bola ni, tp sekarang semua dah tak dapat pasal semua duk jauh2... paling jauh yang baru kena posting kat sarawak tu.. ahhh!!! nanti raya boleh jumpa..

Read More! and Comments